"Life is adventure.To Be a good person is hard.Somehow we can try"
Instagram: EmmyKzman
Twitter: EmmyKzman
{ older posts / newer posts }

Tuesday, December 7, 2010
9:45 PM

Hari ini malas nak update apa apa kerana tiada mood nak di update and tiada idea mahu update . Aku malas nak layan orang yang IM dengan aku di muka buku atau gelaran glamorous dia facebook . Semua benda diketepikan seperti handphone , internet , tv and segalanya untuk menenangkan perasaan aku ni .Tengah geram dekat someone ni , membuat kepala aku makin panas berapi dan penat memikirkan pasal dia . Aku benci diri aku , aku benci hidup aku , aku benci hari hari aku , aku benci setiap masa , aku benci orang dekat dengan aku . Itu je ke perasaan yang kau ada ? Benci benci benci ? Tak akan . Suatu hari nanti kau akan suka setiap hari kau , setiap tahun kau . Tapi hari ini ? Boleh dikatakan yang aku frusted ? Frusted pasal apa ? Ditinggalkan lelaki ke ? Tak akan ku biarkan macam tu . Biarkan aku yang tinggalkan dia . Bukan sekarang bukan masa ini mungkin tahu yang akan tiba bukan ? Jahat ke aku ni ? Tak ! kau tak kenal aku macam mana okay . Hari ini aku mengalami moody yang agak teruk jugak dan aku tak suka moody aku macam ni . Selalunya aku akan buat buat gembira dan try kawan dengan semua orang , tapi hari ni ? entah lah .Dalam otak aku sekarang ni nak tidur je sampai esok pagi . Hari yang baru . Mood yang baru , betol ke ? Bagi aku sama je setiap hari . Tidak ada yang berubah pun . Rasa macam nak tinggal kat dunia asing je . Biar ramai tak kenal aku and aku tak kenal dieorang . Tenang kah macam tu ? Aku pun tak pernah tahu and tak pernah nak cuba . Sekarang ni just nak masuk bilik , tutup pintu , tutup lampu , baring atas katil , ambil selimut tutup muka dan tidur . Bukan masih awal lagi ke nak tidur  ? Ah aku tak kisah semua tu . Yang penting aku nak habiskan malam ni , hari ni , masa ni secepat mungkin . Aku memang tak suka akan perasaan macam ni . Rasa sakit hati , rasa rindu ,  rasa benci , rasa menyampah . Bukan semua tu sama ke ? Bagi aku tak sama , Ada maksud lain selain itu . Aku pun tak tahu apa kene dengan aku hari ni . Kenapa aku emosional sangat ? Sebab apa ? Ah aku malas nak bagi tahu sebab apa . Maybe aku tengah datang bulan ? Huaha memang tak ada kene mengena pun kan . Aku sangat rindukan dia dan aku benci perasaan ini . Dia tak akan pernah rindukan aku seikhlasnya .Aku memang tidak suka betul ! Kenapa aku macam ni ? Ah kau jangan banyak tanya boleh ? Aku tengah sedih ni . Aku rasa macam nak pergi gunung . Aku nak menjerit sekuat kuat hati aku sambil menangis keseorangan . Aku nak melepaskannya semua  . Adakah itu tenang ? Seperti kata kata movie yang aku tengok . Entah . Aku pun tak tahu bagaimana rasanya . Adakah macam ini ayat sastera ? Adakah aku sesaje tulis ni ? Tak aku cuma mahu luahkan semuanya kat sini . Aku nak luahkan dengan siapa lagi ? Kucing aku ? mak aku ? adik aku ? Boyfriend aku ? Im sorry , dia memang tak pernah ambil tahu perasaan aku macam mana . That's all . Aku dah habis nak luahkan semuanya . I hope tomorrow will be a good day for me . Insya'allah :')