"Life is adventure.To Be a good person is hard.Somehow we can try"
Instagram: EmmyKzman
Twitter: EmmyKzman
{ older posts / newer posts }

Friday, May 6, 2011
9:13 PM

Salamblogger-emoticon.blogspot.com

Tik tok tik tok . Jam mula berdetik . Aku ni mula runsing bagai hilang anak padahal tak ada anak pun . Baru berusia 16 tahun . Haihhh . Yang aku ni pun hanya membuang masa ber-blogging . Tapi apakan daya , aku hendak meluahkan isi hati yang tersirat di dalam tusuk kalbu . Ewahh ayat kau cun melecun bagai . Sampai nak buat lisan tak reti pulak buat ayat kan kan . Haha

Kembali yang tadi , Tinggal beberapa hari sahaja lagi nak EXAM mid year . Oh tidak terasa mahu hilang kan diri sahaja bila sampai waktu exam . Tetapi nak buat bagaimana bukan ? Inilah dugaan hidup .

"Itu baru kecil dugaannya ,tidak seperti dalam novel PAPA dugaan yang akhirnya dia dpat berita terlalu menyedihkan"

Kata cikgu B.melayu pagi tadi kepada kawan aku yang dari pagi tadi tak reti nak tutup mulut dia . Itu teknik imbas kembali ye . Hahah okay teruskan , tak berani mahu ambil midyear EXAM . Lepastu nanti ada jumpaan ibu bapa . Adehhh bab tu lah yang paling lemah bagi semua orang . Perasaan takut kena marah semua ada lah kan .

"Cikgu akan bagi semua buku ini pada minggu hadapan tetapi dengar satu syarat . Buku tu cikgu nak hari itu juga . Sebab cikgu nak bagi ibu bapa awak semua tengok bila ibu bapa awak semua datang sekolah selepas cuti nanti . Cikgu mahu tunjuk hasil kerja lama lama yang awak telah simpan "

Muka nya tersenyum sinis . Itulah yang dikatakan Cikgu B.melayu kami yang tak sporting tetapi best apabila pembelajarannya . Hahah . Aku yang terlalu runsing ni tergelak apabila cikgu tu sedikit buat lawak . Tetapi perasaan takut mahu menjawab tu masih ada . Aku ni bukan spm kenapa mesti takut kan ? Maklumlah ini kali kedua dan meliputi banyak tajuk . Itu yang malasnya . Aku berkata kepada mama kesayanganku

"Ma , nanti kalau ina ada failed Biology , Chemistry and physics . Ina nak pindah kelas tau "

mama berkata ,

"Kau nak ambil kelas apa ? Jangan lah failed . Penat mama je beli buku rujukan semua tu . Yang buku semua tu nak bagi siapa ?"

Aku terdiam sebentar , Aku dah agak dah . Ayat ni mesti dikeluarkannya , Tetapi aku smbungkan bicaraan aku

"Ina nak ambil kelas geografi , ekonomi asas , akaun dgn addmath"

Mama pun diam , buat muka slumbernya . Tanda muka slumbernya itu aku anggap dia bersetuju dengan keputusan aku . Hahah , aku harap ! Jadi kesimpulannya , aku akan berusaha untuk tidak bagi failed ketiga-tiga mata pelajaran itu dan semua mata pelajaran . Amin blogger-emoticon.blogspot.com

Sincerely,
Nur Emmy Syakina